Followers

Thursday 22 October 2015

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna


1-Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.

2-Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.

3-Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.

4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.

5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.

6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.

7-Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

8-Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.

9-Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.

10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.

11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.

12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.

13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.

14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.

15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.

16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.

18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.

19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.

20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.

21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.

22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.

23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
سبحان الله وبحمده

24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.

25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.

26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.

28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling mulia akhlaknya.

29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.

30-Jagalah lidah kamu.

31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.

32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.

33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.

34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.

35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.

36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.

37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perlihatkan kesan nikmat tersebut ke atas diri kamu.

38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemuliaan, maka muliakan mereka.

39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.

40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan kasih sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.

41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.

42-Jika ada perkara yang kamu rasa bersalah tinggalkanlah ia.

Sumber : Internet



4 comments:

Terima kasih di atas komen anda. Insya-Allah, ada kelapangan saya akan membalasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...